April Fool’s Day


Ditulis oleh :  Zulzaidi bin Mahmod budak Malaysia.

Dikirim via email 31 hari bulan March 2008 pukul 18.00 wibb 

UMAT ISLAM JANGAN MENYAMBUT APRIL FOOL’S DAY

            Tarikh 1 April merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh ramai orang terutama golongan muda di dunia. Detik 12 malam 1 April budaya tahunan iaitu april fool dijadikan mainan dan gurauan dalam kehidupan. Hari ini mereka membuat rancangan yang bermacam-macam untuk menipu atau menganiaya sahabat, jiran termasuk juga ibu bapa dan guru. Mereka menganggap perbuatan mereka adalah tidak berdosa sedikit pun.

            Dalam fikiran anak muda mula ligat berfikir bagaimana cara melihat kawan mereka ketakutan, teraniaya dan terpedaya, kemudian selepas itu dengan tersenyum dan ketawa mereka berkata “April Fool”. Ini bukanlah budaya orang timur lebih-lebih lagi ia sama sekali bukan amalan umat Islam. Kanak-kanak juga tidak terkecuali untuk bermain permainan april fool ini yang dianggap paling menyeronokkan.

            Penipuan pada hari-hari biasa apatah lagi hari april fool merupakan larangan yang sangat keras oleh Islam, sehingga Rasulullah s.a.w bersabda orang yang bertutur dengan dusta adalah dari golongan munafiq. Cuba kita lihat dan imbas kembali tahun-tahun yang sudah april fool ini mampu mencetuskan pergaduhan, perceraian dan sebagainya yang bersifat negatif.

          Menurut En. Shah Jahan bin Lukman Hakim dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyatakan bahawa april fool tidak wajar disambut oleh orang Islam di Malaysia kerana ia mampu memecahbelahkan ukhuwah sesama Islam akibat gurauan melampau.

                Sejarah april fool di dalam buku RAHSIA UNTUK UMAT ISLAM  karangan Nazri Zakaria membuktikan pada tanggal 1 April kaum muslimin dibunuh beramai oleh tentera Sepanyol. Mereka membunuh dari kalangan kanak-kanak dan wanita. Perayaan kemenangan atas nama pembersihan terhadap kaum muslimin ini bukan hanya dirayakan di Sepanyol tetapi seluruh dunia dengan nama April Fool’s Day.

             Selaku umat Islam perkara ini amat menyedihkan sehingga ada juga dari kalangan umat islam dari kanak-kanak sehingga orang dewasa menjadikan gurauan april fool mainan.

            Justeru umat Islam perlu bersikap dan berfikiran kritikal serta mengkaji setiap apa yang berlaku disekeliling kita. Pada tanggal 1 April diharapkan umat Islam dapat menjauhi gurauan dan permainan april fool ini kerana disebaliknya mempunyai sebuah sejarah yang amat menyedihkan umat Islam.

(ZULZAIDI BIN MAHMOD)

JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

AKADEMI PENGAJUAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

860904-56-6593

Email: matnyum@yahoo.com

HP : 012-5002954/016-2201456

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: