Tragedi Bechah Airong : Masjid di Thailand di Serang, Imam Masjid Syahid

Peristiwa Takbai, ratusan umat muslim yang sedang berpuasa di bantai oleh tentara Thai

Peristiwa Takbai, ratusan umat muslim yang sedang berpuasa di bantai oleh tentara Thai

Apa yang di buat oleh Indonesia , Malaysia dan OIC, demikian keluhan mereka rakyat Patani yang terjajah, mereka mengharapkan sekali peran dari Indonesia sebagai negara mayoritas muslim, begitu pun Malaysia negara yang bersempadan langsung dengan Thailand Selatan, hal pembantaian  di masjid bukan lah ini yang pertama kali, tahun 2004 puluhan orang terkorban di masjid kresik Patani, belum lagi hilang dalam ingatan pembunuhan di Takbai  disaat umat Muslim sedang berpuasa.

Dibawah ini kami kutip langsung dari http://patanikini.com

Ketika Abhisit vejjajiva melawat Putra Jaya dan cuba meyakinkan Malaysia bahawa kerajaan Thailand telah mengubah sikap dan cuba berbaik-baik dengan anak jajahnya Patani Darussalam. Di samping itu pihak tenteranya telah menjalankan kerja ganas yang menjadi kebiasaan harian mereka.

Masjid Al furqon, di Masjid ini lah pembantaian itu berlangsung

Masjid Al furqon, di Masjid ini lah pembantaian itu berlangsung

10 orang penduduk kampung air tempayan,bechah airong (choairong) telah dibunuh dan lebih sepuluh lagi cedera parah ketika mengadakan solat jemaah isya didalam masjid dua hari yang lalu !!!!!  baca juga ini

Walaupun mereka cuba mereka-reka cerita mengakata kan para pejuang yang menembak orang sendiri tapi masyarakat tempatan dan seluruh umat islam Patani dengan jelas mengetahui bahawa tentera penjajah Thai lah yang melaku kan pembunuhan beramai-ramai itu.

Kekejaman saperti ini adalah routin harian mereka apabila mereka kecewa tak dapat membalas tindakan pejuang-pejuang keatas tentera mereka.

patani2

Kejadian ini adalah  menjadi satu  lagi bukti bahawa penyelesaian dan kedamaian yang dilaung-laung kan oleh penjajah Thai adalah satu sandiwara lapok yang sentiasa dimainkan untuk mengeliru dan membohongi pentadbiran Malaysia, Indonesia dan OIC. Dan penerima-penerima ini sentiasa mempercayai drama Thailand itu.

Persidangan OIC baru sahaja selesai  di Damascus, Syria  dengan memberi seribu harapan kapada sebahagian pemimpin pejuang Patani bahawa satu hari nanti (apabila diberi taraf pemerhati oleh OIC) badan Dunia ini akan menyelesaikan masaalah mereka. Pihak berkuasa Malaysia pun sebelum ini sering (dengan kerjasama setengah-setengah pemimpin pertubuhan pembebasan Patani) memujuk dan mendesak pejuang-pejuang supaya menghentikan kebangkitan dan perjuangan bersenjata dan memulakan rundingan damai. Setakat ini hanya disambut positif oleh kumpulan-kumpulan yang tidak berminat untuk meneruskan gerakan kebangkitan lagi.

Kenapa harus kita percaya pada OIC yang telah memberi ruang kapada penjajah Siam sebagai taraf pemerhati sedang umat Islam Patani dianak tirikan!!!!

Pembunuhan kejam keatas umat islam di masjid Al-furqan ini menutup segala harapan yang ada untuk penyelesaian damai. Perjuangan bersenjata akan di teruskan dengan bergantung pada pertulungan Allah swt semata (kerana Negara jiran hanya berminat untuk mengorek minyak dan gas Patani sahaja!!). Jika peristiwa ini tidak menjadi pembuka mata kapada pentadbiran Malaysia dan Indonesia maka peluang untuk membantu ugama dan anak bangsa sendiri akan terlepas untuk jangka masa yang lama.Ini bukan amaran terakhir tapi peringatan ulangan!!! Kesediaan untuk berunding bukan bermakna mesti mengadakan gencatan senjata.Kerana jika kita berurusan dengan penjajah Thai perjanjian adalah menjadi alasan untuk  mereka  berbohong.

Ketika Sorayud (kerajaan kudita yang lalu) mula-mula menjadi Perdana Menteri beliau telah menangis didepan rakyat Patani dan meminta maaf diatas kejadian pembunuhan beramai-ramai di Tabal dan masjid kerisik 2004! Beliau juga berjanji untuk menyiasat dan membawa ka pengadilan keatas orang-orang yang bertanggung jawab mengarah pembunuhan tersebut. Tetapi pada 29hb mei 2009 mahkamah awam di Senggora telah memutuskan bahawa tidak ada siapa-siapa pun yang bersalah dalam  peristiwa pembunuhan Tabal dan masjid kerisik !!!!!. Beginilah caranya penjajah Siam sering mempermain kan dunia luar terutama OIC dan pentadbiran Malaysia.

Sekarang ini kita berhadapan dengan situasi yang paling kritikal. Kemarahan umat Islam Patani sudah meluap-luap. Kalau dahulu para Mujahidin bertindak mengikut garisan yang ditetapkan oleh pimpinan dan majlis syura Ulama. Tapi kini adalah dibimbangi rakyat Patani akan mengambil tindakan melulu tanpa mengambil nasihat dari pimpinan. Dan untuk memburukan  lagi suasana munkin pihak tentera Thai akan mengambil kesempatan dari suasana ini.

Untuk pengetahuan pembaca dari luar Patani. Tentera Thai ini sering menciptakan suasana palsu di selatan demi menekan kerajaan Bangkok menambah peruntukan perang. Wang ini kebanyakannya di songelap oleh Jenderal-Jenderal berkenaan.

Pejuangan umat Islam Patani adalah perjuangan yang paling sukar dan rumit didunia. Kalau dibanding kan dengan perjuangan rakyat Palestine mereka disokong oleh seluruh Negara-negara Arab, seluruh Negara-negara Islam dan sebahagian dunia barat. Mereka mendapat bantuan kewangan dari segenap pelusuk Negara-negara penyokong. Tapi sebaliknya perjuangan Patani yang insiden-insiden nya sekarang lebih intense dari Iraq tidak di bela oleh bangsa sendiri saperti Malaysia, Indonesia dan Brunai Darusssalam. Tidak di sokong oleh Negara-negara Islam dunia kecuali satu dua simpati.

Bahkan kalau di Malaysia ini sebahagian pejuang dilayan mengikut selera dan arahan penjajah Thai.

Sudah banyak kali peristiwa penangkapan pejuang-pejuang Patani yang dijalan kan atas kerjasama Polis Malaysia dan polis Thai. Beberapa orang pejuang saperti assyahid saudara tengku Ismail dan Assyahid saudara Nasir yang ditangkap dikediaman mereka diMalaysia dengan kerjasama Polis Malaysia dan bila masuk kaBumi Patani sahaja di bunuh dengan kejam. Kemudian pihak penjajah Thai meletakkan senjata disisi mereka untuk ditonjolkan dan talivisyen!!!!!

Wahai umat Islam dimana sahaja berada. Percaya lah ‘bila Allah melarang kita mengambil orang-orang kafir sebagai kawan dengan meninggalkan saudara Islam maka jika kita melanggar perintah ini tunggulah balasan Allah!!!!! ‘.

Ini seruan jihad fisabillillah . Bukan sahaja untuk Patani bahkan untuk umat Islam yang masih dibelenggu kegelapan.

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD.

About these ads

5 Tanggapan

  1. Kami mohon maaf Saudara kami sesama Muslim di Patani. Setiap saat kami tonton di TV dan baca di surat kabar dengan dukacitamu. Namun Kami tidak bisa berbuat apa-apa baik Muslim Indonesia maupun Muslim Malaysia.

    Saat ini kami lagi sibuk untuk berebut seonggok tanah bernama Ambalat. Kami saja juga lagi bersiap-siap untuk saling membunuh karena sejengkal tanah busuk tersebut. Bagaimana bisa kami berempati dengan musibah Anda semua.

    Kami juga lagi sibuk melombakan siapa yang terhebat diantara kami. Semua kami pertandingkan. Mulai dari tekonologi, seni sampai dengan harga diri. Belum lagi drama kelantan yang semua pembaca dan pendengar geleng-geleng kepala karena skenario yang ditulis dan dimainkan sungguh sangat murahan sekali.

    Kata serumpun yang sering kami dengungkan hanyalah di bibir semata, tidak sampai ke hati. Segumpal kesombongan dan saling suriga masih kami tanam dengan kokohnya dalam hati kami. Mungkin sedikit kami agak munafik………

    Maafkan kami……………

  2. bangkitlah saudara ku………….
    tak sanggup aku melihatnya………

  3. Ya Allah…tunjukilah hamba-Mu yang selalu hanyut dalam derita kehancuran…..
    yang selalu hanyut dlam perdebatan dan kehancuran
    dan berilah hamba-Mu kekuatan untuk selalu berada pada jalan-Mu yang lurus dan tak terbelenggu oleh manisnya dunia yang membuat terlena…
    dan berilah mereka kekuatan untuk menancapkan kata La IlahaILLALLAH…di muka bumi

  4. Solusi permasalahan Ummat Islam adalah al Qur-an surah al Baqoroh ayat 208 yaitu fisilmi kaffah , silmi bimakna itiffaqul ulama bimana mudzakarah ulama

  5. bersabarlah saudaraku..pembebasan kalian sudah dekat…..mungkin ini adalah tahun tahun terakhir dari kesengsaraan kalian.janji Allah pasti berlaku. akan diangkatnya zaman yang kelam ini ke zaman yang janjikan.

    wahai saudaraku jika aku mampu untuk berjuang bersamamu pasti kulakukan
    doa dan harapan moga Allah menyatukan hati kita semua untuk bersatu dan berjihat dijalannya.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: